Membangunkan pelan strategik pembangunan pendidikan daerah berfokuskan bimbingan dan sokongan kepada sekolah yang selari dengan dasar dan pelan pembangunan pendidikan KPM.
Menyelaras dan menentukan keperluan dan agihan peruntukan kewangan PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD tersebut (OBB).
Menyelaras pangkalan data sebagai pusat sehenti bagi PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).
Menyelaras dan memantau pematuhan terhadap standard kualiti merentasi sektor serta pelaksanaan inisiatif kualiti dan inovasi di peringkat PPD dan sekolah di bawah kawalan PPD (termasuk swasta dan Pendidikan Khas).
Menyelaras aduan awam dan urusan maklum balas pendidikan